Prinsip Magnet Diri

Ilustrasi kecil

\magnet-pic.jpgPRINSIP 1. Semua orang adalah kawan. Tiada musuh, walaupun musuh sekalipun.

Seringkali kita terperangkap dengan prinsip bahawa untuk menang, kita mesti mengalahkan orang lain. Untuk hebat, kita mesti menjadikan orang lain kurang hebat. Untuk berjaya, perlu lebih dahulu menyekat orang lain untuk berjaya lantas kegagalan orang lain menjadikan kita berjaya, untuk jadi pengaruh maka perlu terlebih dahulu jadikan orang lain kurang berpengaruh dan mudah dimanipulasi. Sikap sebegini hanya akan menghasilkan permusuhan dan seteru. Pengaruh sebegini tidak kekal lama. Pegaruh yang berdasarkan kepada Magnet Diri ialah untuk menang, kita mesti pastikan orang di keliling kita juga menang, untuk berjaya kita mesti bantu orang untuk berjaya. Untuk jadi berpengaruh, Magnet Diri memastikan orang lain juga berpengaruh.

\magnet-pic.jpgPRINSIP 2. Setiap orang adalah unik, maka saya perlu menerokai dan berusaha untuk menghargainya.

Rentetan daripada itu, Magnet Diri tidak membenarkan seseorang memandang rendah atau memperlekeh sesama manusia. Individu Magnet Diri sangat menghargai setiap perbezaan manusia. Perbezaan tidak dilihat sebagai masalah atau punca kelemahan. Sebalik perbezaan dilihat sebagai kekuatan yang boleh dibentuk dan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kehidupan. Perbezaan itu adalah keunikan yang mesti diberikan keutamaan, focus dan dihargai dengan segala cara di setiap masa, di mana sahaja.


\magnet-pic.jpg PRINSP 3. Setiap orang suka diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudannya.

Tidak ada siapa pun di dunia ini yang suka hidup terpinggir. Manusia dicipta untuk saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi. Manusia saling bergantung sesama sendiri untuk menjadikan hidup lebih bermakna. Sudah pasti manusia amat kecewa dan hampa jika kewujudannya dipinggirkan dan dipulau oleh masyarakat. Magnet Diri sangat menekankan agar manusia menghargai sesama manusia dengan bukti iaitu membuat mereka rasa diterima, diiktiraf dan dirasai kewujudan manusia yang lain.

Advertisement

5 Responses

  1. Adakah buku Magnet Diri ini sudah mula dijual?

    • Ya Syamsina, sejak September 2009. boleh didapati di MPH Alamanda.

  2. & Berapa harganya ?

    • RM 17.90 Semenanjung Malaysia
      RM 19.90 Sabah dan Sarawak

  3. di negeri sembilan…di mn sy blh dptkn buku ini…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: