MAGNET DIRI DI RESENSI TV1

April 10, 2010 - Leave a Response

Buku Magnet Diri tulisan Amin Idris muncul dalam Rancangan Resensi TV1 pada 11 Mac 2010 secara langsung. Terima kasih buat Penerbit Selamat Pagi Malaysia hari Khamis; Kak Jah dan Pengacara Resensi, Tuan Ramli.

MAGNET DIRI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2010

April 1, 2010 - Leave a Response

Pada 22 MAc 2010, Penulis Magnet Diri; Amin Idris bersama Dr. Tengku Asmadi (Presiden TAMRIN), Fadzli Yusof (SU Agung TAMRIN) dan Osman Affan (Bendahari TAMRIN) telah berpakat untuk sama-sama lepak di PBAKL, PWTC. Tujuannya ialah melepak secara berfaedah… membeli buku sambil menikmati kemeriahan ‘pesta’.

Tanpa disangka-sangka, kami berempat dijemput untuk memenuhi aktiviti Pentas PTS. buku-buku kami disusun di meja Pentas PTS. Apa lagi, dalam otak saya terus berfikir apakah skrip terbaik untuk dicakapkan dalam tempoh kurang 10 minit menceritakan Magnet Diri.

Terima kasih buat warga PTS khasnya PTS Millenia atas peluang yang tidak dijangka semalam!

MAGNET DIRI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KL

March 16, 2010 - Leave a Response

Pelaburan yang paling tidak menguntungkan dan tidak pernah rugi ialah membeli buku. Budayakan amalan membaca. Didik diri, ahli keluarga dan orang di keliling kita dengan rasa ‘gilakan’ buku. Jom ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!


Jumpa kami di sana!

Jangan lupa singgah di gerai PTS di C11 hingga C25. Hasil karya terbaru Amin Idris iaitu MAGNET DIRI; CIPTA PENGARUH LUAR BIASA DAN BERJAYA juga terdapat di sana dengan harga diskaun!

Jumpa di sana!



BEST SELLER

February 10, 2010 - Leave a Response

MAGNET DIRI; TERBARU DARI AMIN IDRIS

September 24, 2009 - Leave a Response

Berminat memiliki buku Magnet Diri?

Harga
RM17.90 (Semenanjung Malaysia)
RM19.90 (Sabah dan Sarawak)

(Sila sertakan RM5 untuk tujuan penghantaran)

Pesan SEKARANG. Klik DI SINI untuk Borang Pesanan.

Buku-buku lain tulisan Amin Idris

Buku-buku lama

MODUL MAGNET DIRI

December 10, 2008 - Leave a Response

Modul Magnet Diri Training

Juga terdapat modul latihan Program Perkembangan Staff untuk guru-guru sekolah

untuk-guru

Berminat untuk mendapatkan khidmat latihan kendalian Amin Idris Training Consultant?

Klik DI SINI untuk Borang Jemputan.

Klik www.AminIdris.com.my untuk maklumat lanjut.

KEMUNCULAN DI MEDIA

December 8, 2008 - Leave a Response

media

TESTIMONI

November 10, 2008 - Leave a Response

Ust. Hasrizal 1Amin Idris adalah seorang tokoh muda yang cepat mencuri perhatian saya. Seperti ada satu tarikan bagi saya mengikuti perkembangannya, berdamping dengan hasil kerjanya dan teruja menyaksikan kemajuannya. Biar pun jarang berjumpa, sekali sekala bertemu terasa begitu dekat di hati.

Rupa-rupanya saya sudah ditarik oleh sebuah Magnet Diri. Tambah menarik, segala rahsia pengaruh seorang yang bernama Amin Idris, saya temui dalam karya bestarinya, Magnet Diri.

Membaca Magnet Diri menjadikan saya sibuk. Sibuk berfikir, sibuk mencatat, sibuk memproses dan sibuk bercermin diri. Kepada sesiapa yang yakin bahawa kekuatan PENGARUH mengatasi KUASA, buku Magnet Diri ini mengesahkannya.

Ust. Mohd Hasrizal Abdul Jamil
http://www.saifulislam.com
“Erti Hidup Pada Memberi”

Dato' SOAR 1Buku tulisan Amin Idris ini mendedahkan kuasa sebenar keyakinan diri dan emosi positif. Kandungan buku ini adalah amat baik dan merupakan asas penting untuk berkomunikasi secara berkesan. Saya menganjurkan semua yang benar-benar serius untuk berubah memiliki dan menjiwai buku ini.

DATO’ DR. SHEIKH OMAR ABDUL RAHMAN

Prinsipal Trainer SOAR Sdn. Bhd.,
Mantan Presiden Pertubuhan Penceramah Malaysia

AFY 1Semua orang ingin diterima dan disukai. Ia adalah fitrah naluri setiap jiwa. Namun, tidak semua orang mampu memperolehnya. Buku Magnet Diri ini mengandungi panduan yang mudah dan menarik; bagaimana untuk membuatkan diri anda diterima dan disukai tidak kira di mana anda berada, dan dengan siapa anda bersama. Adakah anda tertarik dengan buku ini sekarang? Mungkin itulah ‘kuasa magnet’ yang anda ingin miliki itu.

FADZLI YUSOF
Penulis Buku Bestseller
Perunding Latihan & Motivasi
http://www.FadzliYusof.com

Shawati 1Setelah meneliti manuskrip, saya tidak sabar untuk membaca keseluruhan buku. Saya percaya buku ini akan menjadi bahan bacaan yang sangat berguna dan saya berharap melalui buku ini, akan menukar mentaliti generasi muda dan masyarakat terhadap menjadi individu yang lebih produktif dan relevan. Selamat Berjaya buat anda, Amin dan terus kekalkan momentum!”

SHARIFAH SHAWATI SYED MOHD
Usahawan, Perunding Imej, Penceramah Motivasi & Penulis
Adamaya Image Consultancy
http://www.adamaya.com.my
sharifahshawati.blogspot.com.my

Coachsha & Coachridz 1Sekali terpegang,
terus melekat.
Memang sah ‘bermagnet!'”

MOHD RIDZUAN ABD. GHANI dan
RASHEEDAH ZAKARIYA

English Empowerment Trainer
Coaching Zone English Sure Boleh
http://www.CoachingZone.net

Pian 1Amin Idris telah menulis satu buku yang menakjubkan tentang pra-syarat kejayaan manusia, ditulis dengan penuh teliti, mudah difahami dan praktikal. Sangat berguna untuk kehidupan peribadi mahupun untuk organisasi. Buku ini bukan sahaja untuk dimiliki, bahkan saya akan jadikan sebagai hadiah buat sesiapa sahaja yang saya kenali.”

MOHAMMAD SUFFIAN AMRIN
CEO Anasaujana Management
Vokalis Kumpulan Nasyid Saujana

Muhtar Suhaili 1Magnet Diri merupakan manifestasi dan teori yang ditulis secara jujur hasil daripada pengalaman hidup penulis sendiri iaitu sahabat saya, Saudara Amin Idris. Melalui buku ini, saya belajar betapa sikap positif dan kemahuan bersinergi adalah elemen penting dalam membina karisma serta sekali gus akan membawa kejayaan hidup di dunia dan Akhirat.

Saya mengesyorkan buku ini kepada mereka yang ingin terus menerokai potensi diri, meningkatkan prestasi dan lebih memaknakan kehidupan. Dengan Magnet Diri, kehadiran anda akan lebih memberi kesan, tindakan anda dihargai dan pemergian anda dirasai!”

MUHTAR SUHAILI
Jurutera Kontrol & Instrumentasi Sarawak Shell Bhd. &
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
http://www.muhtarsuhaili.com

Banyak memberi pengajaran dan manfaat kepada saya. Dengan idea-idea yang bernas daripada En. Amin, dapat membantu meningkatkan tahap kendiri saya untuk menjadi pekerja yang lebih cekap dan berkualiti. (Noriha bt. Abdul Rahman, MARA)

Trainer yang mempunyai daya tarikan yang sangat kuat dan unik. Itu yang buat semua audience memandang dan menumpukan perhatian kepada beliau tanpa berkelip. Isi program yang padat dan tidak meleret-leret. Perwatakan ceria dan bersahaja, tidak bosan, banyak buat lawak, audience tidak mengantuk. Selamat maju jaya. (Zafirah, MARA)

What most important in every talk is to make people listen and you did a great job. Congratulation, very entertaining! Most important, we not only know ‘what’, but we know ‘how’! (Azlinda, MARA)

Saya amat berpuas hati dengan penampilan, nada dan gaya Amin Idris yang penuh karismatik dan pandai membuat pendengar tidak boring, fakta-fakta yang saudara yang berikan amat bernas dan ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti praktikal. (Lt.M Mohd Arif Bin Mohd Zain, Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)

Progam yang baik. Cara penyampaian yang menarik dan tidak membosankan. Malah peserta mula bertemu jawapan tentang tindakan selepas program. (Puan Zanariah, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Pendekatan yang dibawa oleh En. Amin adalah lain daripada yang lain. Satu pembawan yang berkesan dan berjaya embuat audiens setia dan semua info yang disampaikan adalah segar. (En. Mohd Fairus, Pegawai Penyelidik Jabatan Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.